Hidup ini penuh dengan suprise. Kekadang, apa yang tidak kita sangka, tidak kita minta itulah yang berlaku. Jangan dipersoalkan mengapa begitu, mengapa begini??? Kerana, perancanganNya Maha Hebat. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Friday 14 February 2014

Musim Demam Melanda



Sekarang nih musim dah berubah. Dulu musim sejuk, sekarang panas pulak. Biasanya, perubahan cuaca ni mudah mengundang demam. Aku pun dah kena panahan demam tu. Teruk sangat tau, sampaikan aku nak solat berdiri pun tak dapat (kesiannye lah. hukhukhuk). 

Let's me explain, apa itu demam????

Demam (juga dikenali sebagai  pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa (36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik  set pengawal suhu badan . 

Nak dijadikan kisah, aku bukanlah jenis yang selalu terkena demam. Tapi, bila dah terkena, teruk bukan main. Nak angkat pun sakit. Allahu, tuhan je tau sakitnya macam mana kan. Sabar je laa labu, sakit kan penghapus dosa kecil. Kan2?? Seperti dalam sebuah hadis;

"Tidaklah seorang muslim itu tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah 
akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)



Okeyla semua, tu je entri untuk kali ni. See yaaa( nada Ac Mizal) hihi. . Assalamualaikum. . 






No comments:

Post a Comment