Hidup ini penuh dengan suprise. Kekadang, apa yang tidak kita sangka, tidak kita minta itulah yang berlaku. Jangan dipersoalkan mengapa begitu, mengapa begini??? Kerana, perancanganNya Maha Hebat. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Sunday 23 February 2014

KLMJ Part II



Assalamualaikum guyss. . 

Baru datang mood rajin aku ni nk update blog. Penyakit 'M' ni suke sangat datang. hihi. Tak pe lah, janji sekarang ni aku dah rajin. 

Seperti yang aku janjikan pada entri yang lepas, aku nak continue pulak crita masa aku sekolah menengah dulu. Masa zaman sekolah menengah, aku jadi pendiam. Tak tau pulak apa sebab. Insaf kot. hihi. Zaman sekolah rendah boleh tahan gak nakal aku ni. Maklumlah, budak-budak kan? Jadi, masa minggu suai kenal tu, aku dengan geng-geng aku yang sama dari sekolah rendah dulu, mula lah nak cari kawan baru pulak. Kitorang pegi laa kat 2 orang budak ni. Yang sorang tengah nangis, yang sorang dok pujuk kawan dia yang nangis tu. Aku tanyala, " Kenapa ni?" Dia jawab, " Dia tak biasa dok asrama. Tak biasa jauh dari family". Oh, barulah aku faham kenapa budak tu nangis. Dan, nak dijadikan cerita, dari situlah mulanya titik perkenalan kami. 

Oppss, lupa pulak nak bagitahu nama kawan baharu kami tu. Nama mereka ialah, Siti Dania dan Siti Nuraisyah. Kebetulan pulak, kitorang di tempatkan di dorm yang sama. Seronok nyelah dapat kawan baharu dan sama dorm pulak. Happy naw-naw lah kan. haha. . Kami memang rapat, rasa macam dah kenal lama. Itulah nikmat persahabatan kan? Ukhuwah yang kami jalin di zaman sekolah amat indah. Macam-macam perkara kitorang lalui bersama. 


Walaupun ada dalam kalangan kami yang di tempatkan berlainan kelas, namun ia bukan alasan untuk merenggangkan persahabatan kami. Bagi aku, sahabat lah yang lebih penting jika dibandingkan dengan kekasih. Sahabat senantiasa ada tika kita perlukan mereka. 

5 tahun kami bersama menimba ilmu, tiba masanya kami berpisah setelah tamatnya peperiksaan SPM. Sedih yang amat sangat masa tu. Banyak kenangan kami lalui bersama. Ketika aku sakit, kawan-kawan akulah yang menjaga aku, bagi aku minum ubat, berikan makanan untuk aku dan temankan aku ketika aku perlukan mereka. Aku sayang sahabat-sahabat aku. Pernah aku diuji. Betapa remuk dan sakitnya aku rasa ketika orang yang aku sayang, orang yang dah banyak bagi aku segunung harapan dengan mudahnya meninggalkan aku tanpa alasan yang munasabah. Pada masa itu, aku keseorangan lalui saat-saat pedih itu. Mungkin aku takkan sesedih itu, jika waktu itu aku berada di sekolah bersama kawan-kawanku. Tapi, ketika perkara itu terjadi, kami dahpun tamat SPM. Aku terharu sangat-sangat bila semua kawan-kawan aku bagi sokongan dan kata-kata nasihat kat aku walaupun ketika itu kami tidak bercakap bertentang empat mata. Melalui telefon, mereka menghubungi aku. Mereka tidak membiarkan aku dalam kesedihan. 



Begitulah bernilainya persahabatan. Aku tak pernah menyesal ketika dia menyalahkan aku kerana aku pentingkan sahabat. Ya, aku akui sahabat penting dalam hidup aku. Bayangkanlah jika aku mengabaikan persahabatanku kerana dia, mungkin ketika aku sedih tidak ada seorang pun yang ambil tahu pasal aku. 

Kini, aku dan sahabat-sahabatku telah membawa haluan masing-masing. Ada yang dah pun bekerja, ada juga yang masih study dan tak kurang juga yang telah mendirikan rumahtangga. Walaupun begitu, kami masih lagi berhubung bertanyakan khabar antara satu sama lain. Aku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat yang terbaik dalam hidup aku. Aku tak pernah lupakan mereka dan bagi aku, merekalah permata yang menyinari hidup aku selain keluargaku. Terima kasih sahabat atas ukhuwah ini. Aku sayang kalian semuaaaa. . 

Okeylah, aku rasa tu ja perkongsian aku kali ni. Kisah benar dan realiti persahabatan. Maaf lah ye, kalau crita ni panjang sikit. Tiba-tiba pulak rasa nak tulis macam tu. Mungkin sebab aku terlalu rindukan zaman persekolahan dan persahabatan ketika itu. Lewat dah ni, aku pun dah ngantok. Harap tak boringlah baca entri ni. Selamat malam. ~ Jangan lupa baca doa sebelum tidur. 


2 comments:

  1. lepas ni sambung part 3 pulak ek.? cite pasal kwn2 kt ikmas pulak..huahua

    ReplyDelete
  2. Baiklah, in shaa Allah yee.. hehe

    ReplyDelete