Hidup ini penuh dengan suprise. Kekadang, apa yang tidak kita sangka, tidak kita minta itulah yang berlaku. Jangan dipersoalkan mengapa begitu, mengapa begini??? Kerana, perancanganNya Maha Hebat. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Sunday 20 April 2014

Bersyukur Dengan Nikmat dan Kekurangan

Assalamualaikum w.b.t. .. Selamat Pagi Dunia!!! Alhamdulillah, Allah masih beri keizinan untuk bernafas dan melihat keindahan alam ciptaan-Nya hari ini.

Merujuk pada tajuk entri aku kat atas tu, "Bersyukur Dengan Nikmat dan Kekurangan", nak cerita la sikit kan lumrah hidup kita pada zaman yang serba mencabar nih. Setiap yang bergelar manusia, pasti ada kekurangan. Tak kisahla kekurangan dari segi apapun, baik dari segi paras rupa, sifat dan sebagainya. Di sebalik kekurangan tu, Allah hadiahkan juga kelebihan pada diri kita yang mungkin orang lain tidak ataupun lambat menyedarinya. Itulah nikmat!

Zaman sekarang, banyak realiti yang kita lihat mahupun kita alami sendiri bila mana diri serba kekurangan, mulalah ada mulut yang mengata, mengutuk dan berprasangka. Tak kurang juga yang menjauh kerana diri yang serba kekurangan. Itu salah! Semua orang berhak di dampingi, bahagia dan merasa nikmat hidup bermasyarakat dan bekeluarga. Tapi, cuba kita lihat pada Sang Sempurna, yang berharta, paras rupa yang indah, serba serbi cukup sempurna, pasti semua orang ingin mendekati, ingin mendampingi dan ingin mengenali. Semua itu hanya sementara sayang! Jangan pandang kesempurnaan seolah-olah ia kekal selamanya.

Syukurlah dengan kekurangan diri. Ingatlah, Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain. Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita? #ILuvIslam




Jadi,natijahnya kita perlu mensyukuri segala apa yang Allah kurniakan dalam hidup kita. Baik kekurangan, mahupun kelebihan. Jangan menghina orang yang kurang sempurna di mata kita, kerana mungkin dialah yang sempurna pada Maha Pencipta. 
Itu sahaja coretan aku untuk entri kali ni. Salam Ukhuwahfillah :)