Hidup ini penuh dengan suprise. Kekadang, apa yang tidak kita sangka, tidak kita minta itulah yang berlaku. Jangan dipersoalkan mengapa begitu, mengapa begini??? Kerana, perancanganNya Maha Hebat. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Saturday 15 February 2014

KLMJ Part I

Assalamualaikum. .

Petang-petang macam ni, teringat pulak ngan kawan-kawan zaman sekolah dulu. Tak kira lah masa sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Tetiba rindu kat dorang (tak habis-habis KLMJ aku ni). Tapi betul la kan, zaman sekolah adalah zaman yang paling manis. Andai masa dapat diputar, ingin sekali aku kembali ke zaman sekolah (wow, ayat bukan main. haha).

Dulu, zaman sekolah rendah aku dah jadi "budak hostel" tau. Seawal tahun 6 kami digalakkan untuk tinggal di asrama. Masa tu aku excited giler nak dok kat asrama. Yela, kawan ramai kan. Dapat hari-hari jumpa dan main sama-sama (haa, niat tak betul! hihi). Zaman tu jugaklah wujud cinta monyet (tapi aku tak termasuk, ok). Lucu sangat, bila budak-budak yang baru berumur 12 tahun dah pandai nak bercinta. Masing-masing ada couple. Aku pulak, suka bawa haluan sendiri. Dengan geng-geng aku. Kite budak baik aw, tak pernah buat hal. Wakil sekolah ade la (seronok dapat pegi sana sini. hihi)

Kenangan yang paling aku tak dapat lupa, waktu aktiviti berpengakap. Berkhemah sakan kitorang semua. Cikgu semua sporting gila. Masa tu la kami diajar berdikari, diuji kekuatan mental dan fizikal. Aku masih ingat, masa pertandingan Kawad Songsang. Boleh pulak aku sorang je budak perempuan yang tinggal, dengan seorang senior lelaki masa tu. Last-last, kalah jugak aku (sabo je la kan).

tengok atas tu, mane aku? ceteka2? hihi

Gambar kat atas tu, salah satu daripada program kami. Malam tu merupakan malam luahan perasaan (kelas tak, budak sekolah rendah tu.. haha). Takde la, kitorang buat luahan perasaan macam mana perasaan kitorang bila dah tahun 6 and pasal aktiviti pengakap tu sendiri. Macam-macam jugakla bunyi luahan kitorang malam tu. 

Kalau aku nak cerita sampai kisah hujung tahun, sampai esok pun tak habis ni. Nanti boring pulak korang baca. hehe. .. Nanti, aku story mory pulak kisah masa sekolah menengah, okkeyy2?? hehe. . Jangan jemu pulak baca enri aku ni, k2??? Maaflah kalau cerita ni boring, saje je, KLMJ katekan. haa. . Okeyy, tu je untuk story mory, cotcet2 petang ni. .Daaaaaaaaa.. ~

No comments:

Post a Comment