Hidup ini penuh dengan suprise. Kekadang, apa yang tidak kita sangka, tidak kita minta itulah yang berlaku. Jangan dipersoalkan mengapa begitu, mengapa begini??? Kerana, perancanganNya Maha Hebat. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Sunday 20 April 2014

Bersyukur Dengan Nikmat dan Kekurangan

Assalamualaikum w.b.t. .. Selamat Pagi Dunia!!! Alhamdulillah, Allah masih beri keizinan untuk bernafas dan melihat keindahan alam ciptaan-Nya hari ini.

Merujuk pada tajuk entri aku kat atas tu, "Bersyukur Dengan Nikmat dan Kekurangan", nak cerita la sikit kan lumrah hidup kita pada zaman yang serba mencabar nih. Setiap yang bergelar manusia, pasti ada kekurangan. Tak kisahla kekurangan dari segi apapun, baik dari segi paras rupa, sifat dan sebagainya. Di sebalik kekurangan tu, Allah hadiahkan juga kelebihan pada diri kita yang mungkin orang lain tidak ataupun lambat menyedarinya. Itulah nikmat!

Zaman sekarang, banyak realiti yang kita lihat mahupun kita alami sendiri bila mana diri serba kekurangan, mulalah ada mulut yang mengata, mengutuk dan berprasangka. Tak kurang juga yang menjauh kerana diri yang serba kekurangan. Itu salah! Semua orang berhak di dampingi, bahagia dan merasa nikmat hidup bermasyarakat dan bekeluarga. Tapi, cuba kita lihat pada Sang Sempurna, yang berharta, paras rupa yang indah, serba serbi cukup sempurna, pasti semua orang ingin mendekati, ingin mendampingi dan ingin mengenali. Semua itu hanya sementara sayang! Jangan pandang kesempurnaan seolah-olah ia kekal selamanya.

Syukurlah dengan kekurangan diri. Ingatlah, Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain. Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita? #ILuvIslam




Jadi,natijahnya kita perlu mensyukuri segala apa yang Allah kurniakan dalam hidup kita. Baik kekurangan, mahupun kelebihan. Jangan menghina orang yang kurang sempurna di mata kita, kerana mungkin dialah yang sempurna pada Maha Pencipta. 
Itu sahaja coretan aku untuk entri kali ni. Salam Ukhuwahfillah :)

Monday 3 March 2014

The Flames feat Feminin



Kita bersama mengejar mimpi 

Terpisah sementara kupasti 

Suatu hari nanti 
Cinta kita bersemi 
Kembali menerangi 
Mekar di taman hati 

Walaupun jauh pandangan mata 
Ku yakin kau kan tetap setia 
Begitulah ku jua 
Keikhlasan di jiwa 
Dan cintaku hanyalah 
Untukmu 

Kini tak lagi seiringan
Salah kata salah tafsiran
Mungkin jua salahku
Segala terjadi

Tiadakah peluang lagi
Kau membuka pintu hati
Ku berjanji takkan ku ulangi
Yang lalu yang lalu


*Macam best pulak lagu ni :D
#Publish :D

Tuesday 25 February 2014

Aiskrim Goreng

Assalamualikum. Petang!!!! hihi. .

Hari ni, aku nak share something. Mungkin ada yang dah tahu, dan ada jugak yang belum tahu. Jadi, tak salahkan kalau aku nak share. Kan?? Sharing is caring.. haa. . Ok, aku nak share satu resipi mudah, tapi aku pun belum cuba sebenarnya. Tunggu masa gak nak cuba. hihi. . Aku share dulu la ye, nanti kite semua boleh cuba sama-sama. hee. . Resipi yang aku nak share ni, iaitu resipi AISKRIM GORENG!!!!


Bahan-Bahan :

Roti
Aiskrim 
Cawan

Cara:
Letakkan 1 scoop aiskrim ke atas lapisan roti pertama yakni roti bahagian bawah.

Letakkan lapisan roti kedua yakni roti bahagian atas.

Ambil cawan, terbalikkan dan tutup pada roti kuat-kuat. Pusing-pusing sikit sampai jadi bentuk bulat montel yang comel. Sila agak-agak supaya kedudukan aiskrim tak terkena cawan.

Bekukan ke dalam peti sejuk sehingga betul-betul beku

Bila dah beku, Panaskan minyak dan goreng dengan api kuat. goreng sekejap je, lepas tu boleh di makan dengan enak  sekali.

cm tu la kejadiannya. hehe..


Selamat mencuba ;) tattititutu. ................. 

*sumber dari page fb I Love Sarawak

Sunday 23 February 2014

KLMJ Part II



Assalamualaikum guyss. . 

Baru datang mood rajin aku ni nk update blog. Penyakit 'M' ni suke sangat datang. hihi. Tak pe lah, janji sekarang ni aku dah rajin. 

Seperti yang aku janjikan pada entri yang lepas, aku nak continue pulak crita masa aku sekolah menengah dulu. Masa zaman sekolah menengah, aku jadi pendiam. Tak tau pulak apa sebab. Insaf kot. hihi. Zaman sekolah rendah boleh tahan gak nakal aku ni. Maklumlah, budak-budak kan? Jadi, masa minggu suai kenal tu, aku dengan geng-geng aku yang sama dari sekolah rendah dulu, mula lah nak cari kawan baru pulak. Kitorang pegi laa kat 2 orang budak ni. Yang sorang tengah nangis, yang sorang dok pujuk kawan dia yang nangis tu. Aku tanyala, " Kenapa ni?" Dia jawab, " Dia tak biasa dok asrama. Tak biasa jauh dari family". Oh, barulah aku faham kenapa budak tu nangis. Dan, nak dijadikan cerita, dari situlah mulanya titik perkenalan kami. 

Oppss, lupa pulak nak bagitahu nama kawan baharu kami tu. Nama mereka ialah, Siti Dania dan Siti Nuraisyah. Kebetulan pulak, kitorang di tempatkan di dorm yang sama. Seronok nyelah dapat kawan baharu dan sama dorm pulak. Happy naw-naw lah kan. haha. . Kami memang rapat, rasa macam dah kenal lama. Itulah nikmat persahabatan kan? Ukhuwah yang kami jalin di zaman sekolah amat indah. Macam-macam perkara kitorang lalui bersama. 


Walaupun ada dalam kalangan kami yang di tempatkan berlainan kelas, namun ia bukan alasan untuk merenggangkan persahabatan kami. Bagi aku, sahabat lah yang lebih penting jika dibandingkan dengan kekasih. Sahabat senantiasa ada tika kita perlukan mereka. 

5 tahun kami bersama menimba ilmu, tiba masanya kami berpisah setelah tamatnya peperiksaan SPM. Sedih yang amat sangat masa tu. Banyak kenangan kami lalui bersama. Ketika aku sakit, kawan-kawan akulah yang menjaga aku, bagi aku minum ubat, berikan makanan untuk aku dan temankan aku ketika aku perlukan mereka. Aku sayang sahabat-sahabat aku. Pernah aku diuji. Betapa remuk dan sakitnya aku rasa ketika orang yang aku sayang, orang yang dah banyak bagi aku segunung harapan dengan mudahnya meninggalkan aku tanpa alasan yang munasabah. Pada masa itu, aku keseorangan lalui saat-saat pedih itu. Mungkin aku takkan sesedih itu, jika waktu itu aku berada di sekolah bersama kawan-kawanku. Tapi, ketika perkara itu terjadi, kami dahpun tamat SPM. Aku terharu sangat-sangat bila semua kawan-kawan aku bagi sokongan dan kata-kata nasihat kat aku walaupun ketika itu kami tidak bercakap bertentang empat mata. Melalui telefon, mereka menghubungi aku. Mereka tidak membiarkan aku dalam kesedihan. 



Begitulah bernilainya persahabatan. Aku tak pernah menyesal ketika dia menyalahkan aku kerana aku pentingkan sahabat. Ya, aku akui sahabat penting dalam hidup aku. Bayangkanlah jika aku mengabaikan persahabatanku kerana dia, mungkin ketika aku sedih tidak ada seorang pun yang ambil tahu pasal aku. 

Kini, aku dan sahabat-sahabatku telah membawa haluan masing-masing. Ada yang dah pun bekerja, ada juga yang masih study dan tak kurang juga yang telah mendirikan rumahtangga. Walaupun begitu, kami masih lagi berhubung bertanyakan khabar antara satu sama lain. Aku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat yang terbaik dalam hidup aku. Aku tak pernah lupakan mereka dan bagi aku, merekalah permata yang menyinari hidup aku selain keluargaku. Terima kasih sahabat atas ukhuwah ini. Aku sayang kalian semuaaaa. . 

Okeylah, aku rasa tu ja perkongsian aku kali ni. Kisah benar dan realiti persahabatan. Maaf lah ye, kalau crita ni panjang sikit. Tiba-tiba pulak rasa nak tulis macam tu. Mungkin sebab aku terlalu rindukan zaman persekolahan dan persahabatan ketika itu. Lewat dah ni, aku pun dah ngantok. Harap tak boringlah baca entri ni. Selamat malam. ~ Jangan lupa baca doa sebelum tidur. 


Saturday 15 February 2014

KLMJ Part I

Assalamualaikum. .

Petang-petang macam ni, teringat pulak ngan kawan-kawan zaman sekolah dulu. Tak kira lah masa sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Tetiba rindu kat dorang (tak habis-habis KLMJ aku ni). Tapi betul la kan, zaman sekolah adalah zaman yang paling manis. Andai masa dapat diputar, ingin sekali aku kembali ke zaman sekolah (wow, ayat bukan main. haha).

Dulu, zaman sekolah rendah aku dah jadi "budak hostel" tau. Seawal tahun 6 kami digalakkan untuk tinggal di asrama. Masa tu aku excited giler nak dok kat asrama. Yela, kawan ramai kan. Dapat hari-hari jumpa dan main sama-sama (haa, niat tak betul! hihi). Zaman tu jugaklah wujud cinta monyet (tapi aku tak termasuk, ok). Lucu sangat, bila budak-budak yang baru berumur 12 tahun dah pandai nak bercinta. Masing-masing ada couple. Aku pulak, suka bawa haluan sendiri. Dengan geng-geng aku. Kite budak baik aw, tak pernah buat hal. Wakil sekolah ade la (seronok dapat pegi sana sini. hihi)

Kenangan yang paling aku tak dapat lupa, waktu aktiviti berpengakap. Berkhemah sakan kitorang semua. Cikgu semua sporting gila. Masa tu la kami diajar berdikari, diuji kekuatan mental dan fizikal. Aku masih ingat, masa pertandingan Kawad Songsang. Boleh pulak aku sorang je budak perempuan yang tinggal, dengan seorang senior lelaki masa tu. Last-last, kalah jugak aku (sabo je la kan).

tengok atas tu, mane aku? ceteka2? hihi

Gambar kat atas tu, salah satu daripada program kami. Malam tu merupakan malam luahan perasaan (kelas tak, budak sekolah rendah tu.. haha). Takde la, kitorang buat luahan perasaan macam mana perasaan kitorang bila dah tahun 6 and pasal aktiviti pengakap tu sendiri. Macam-macam jugakla bunyi luahan kitorang malam tu. 

Kalau aku nak cerita sampai kisah hujung tahun, sampai esok pun tak habis ni. Nanti boring pulak korang baca. hehe. .. Nanti, aku story mory pulak kisah masa sekolah menengah, okkeyy2?? hehe. . Jangan jemu pulak baca enri aku ni, k2??? Maaflah kalau cerita ni boring, saje je, KLMJ katekan. haa. . Okeyy, tu je untuk story mory, cotcet2 petang ni. .Daaaaaaaaa.. ~

Friday 14 February 2014

Musim Demam Melanda



Sekarang nih musim dah berubah. Dulu musim sejuk, sekarang panas pulak. Biasanya, perubahan cuaca ni mudah mengundang demam. Aku pun dah kena panahan demam tu. Teruk sangat tau, sampaikan aku nak solat berdiri pun tak dapat (kesiannye lah. hukhukhuk). 

Let's me explain, apa itu demam????

Demam (juga dikenali sebagai  pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa (36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik  set pengawal suhu badan . 

Nak dijadikan kisah, aku bukanlah jenis yang selalu terkena demam. Tapi, bila dah terkena, teruk bukan main. Nak angkat pun sakit. Allahu, tuhan je tau sakitnya macam mana kan. Sabar je laa labu, sakit kan penghapus dosa kecil. Kan2?? Seperti dalam sebuah hadis;

"Tidaklah seorang muslim itu tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah 
akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)



Okeyla semua, tu je entri untuk kali ni. See yaaa( nada Ac Mizal) hihi. . Assalamualaikum. . 






Macam Chipsmore Daaaaa~

Assalamualaikum wbt. ..

Hollaaaaaa. .huhiiihuiii. .haaa. .
Actually, aku bukanlah pendatang baru dalam blog nih. Cuma, aku selalu ja delete blog aku. haha. Aku pun don't know why la aku suke sangat buat blog, dah tu delete balik. kihkihkih. . Sesuailah kan dengan title post aku kat atas tu haa, macam chipsmore daaa. .

Eh, kebetulan pulak hari ni hari Jumaat. Mudah-mudahan berkat blog aku nih buat pada hari Jumaat. hihi. Sebut pasal hari Jumaat ni kan, dah tentula esok Sabtu. Bila tiba je hari Sabtu, teringat pulak dah dengan rancangan kegilaanku gitewww, haaa. Nak tau rancangan ape??? Of course la MASTERCHEF ALL STARS. Rindu aw, nk tengok rancangan uw. Aku punyalah minat kat sorang finalis ni. Name dia Arshad Zamir. haa. .Dia berbakat sangat taw. Pndai sangat masak. Untung makwe dia. Opsss, terlebih sudaa. haha. .
Anyway, aku harap adela come back diaorang tuh nanti. Tak sabar nak tengok lagi. Ariana Rose pun dah tamat dah. Eh, apa pulak kaitan???? Haaa, melalut dahhh.  Okey2. . For the 1st entry untuk blog yang ntah ke berapa ntah ni, tu ja yang aku nak share. haa. .jumpa lagi awww. .tatatitittutututu. ...




Ni la dia, finalis top 5 Masterchef All Stars ;)